Pedagang Kripto Ini Sanggup Jual Semua Altcoins Untuk Beli BTC!

435

“Setiap orang ada cara lain-lain, ada buat macam tu ada buat macam ni.”

Pedagang mata wang kripto ahli perniagaan Ran Neuner sungguh percaya para pelabur bakal berpusu-pusu memperoleh aset digital apabila kejatuhan ekonomi dan ketegangan geopolitik semakin meningkat.

Walaupun banyak pelabur meminatinya, Neuner turut meramalkan bahawa emas akan mengalami kejatuhan secara ketara apabila Bitcoin (BTC) berjaya mengatasinya sebagai aset save haven ditambah pula tindakan cuai dilakukan oleh kerajaan atau bank pusat terhadap logam berharga itu.

Selain safe haven, pelancaran Ordinals yang menjadikan BTC memiliki fungsi sama seperti Ethereum (ETH) telah menjadi salah satu sebab Neuner sangat bersikap optimis terhadap masa depan aset digital tersebut.

Memang tidak dinafikan pasaran kripto semakin berkembang apabila BTC menjalankan kontrak pintar dan mesin maya, oleh itu co-founder MicroStrategy Michael Saylor didapati sangat bullish terhadap kemunculan token BRC-20.

Rentetan itu, Neuner berhasrat menjual semua altcoin beliau susulan sangat yakin melabur dalam BTC dan infrastruktur dibina di sekelilingnya dapat menawarkan pelbagai manfaat termasuk prospek lebih baik.

Meskipun begitu, Neuner meramalkan kebolehan penskalaan BTC mungkin akan menghadapi cabaran sedikit pada masa hadapan tetapi beliau percaya pelabur tetap mengumpul seberapa banyak wang tunai untuk membeli aset digital itu.

Sementara beliau turut memberi amaran bahawa harga aset digital lain mungkin menurun manakala BTC akan melonjak, oleh itu Neuner menasihatkan ramai orang untuk melabur dalam BTC berbanding kripto lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat