Pedagang Semakin Khuatir, Apa Yang Berlaku Pada Pasaran Kripto?

1,200

Pasaran kripto sekali lagi di tekan oleh catalyst yang kurang memihak kepada pasa apabila Kesatuan Eropah dilaporkan berusaha untuk meluluskan rang undang-undang yang melarang semua mata wang kripto Proof-of-Work (PoW) kerana kebimbangan impaknya terhadap sekitar.

Harga Bitcoin telah jatuh sebanyak 1.5% dan kini didagangkan pada $38,783 dengan jumlah pasaran $730 bilion. Kripto PoW selain Ethereum (ETH) juga didagangkan rendah di zon negatif. Begitu juga altcoin lain yang turut mengalami nasib yang sama.

Dalam masa yang sama, pada hari ini, Parlimen Eropah akan mengundi untuk rangka kerja Pasaran dalam Aset Kripto (MiCA) yang kontroversi. Draf undang-undang MiCA termasuk klausa untuk mengharamkan semua matawang kripto yang memberi impak terhadap alam sekitar. Perkembangan terbaharu tersebut hadir selari dengan laporan bahawa U.K. mencadangkan larangan sepenuhnya ke atas semua ATM Bitcoin di negara mereka.

Peruntukan dalam MiCA memerlukan semua matawang kripto tertakluk kepada piawaian alam sekitar yang ditetapkan oleh kerajaan. Harus dimaklumi bahawa penggunaan tenaga untuk tujuan perlombongan Bitcoin sentiasa menjadi perdebatan hangat. China antara yang mengenakan langkah keras mengenai perkara ini.

Walau bagaimanapun, industri telah banyak bergerak ke arah penggunaan kuasa boleh diperbaharui untuk perlombongan Bitcoin sejak pertengahan 2021. Pasaran kini memberi tumpuan pada mesyuarat the Fed pada Khamis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat