Pegawai ECB Beri Isyarat Berbeza-beza, Petanda Perpecahan Akan Berlaku?

111

Walaupun masih ada beberapa minggu lagi sebelum mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB), tetapi para pembuat dasar telah memberi petunjuk yang bercampur-campur mengenai keputusan polisi akan datang.

Terbaharu, pembuat dasar Robert Holzmann menyatakan sokongannya untuk satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada Disember kerana beliau tidak melihat tanda-tanda inflasi teras berkurangan di Zon Eropah.

Malah, beliau juga menjangkakan bahawa ekonomi di blok tu hanya akan mengalami kemelesetan sederhana berbanding ramalan lebih buruk sebelum ini.

Bagaimanapun, Holzmann bersedia untuk mengubah pandangannya sekiranya data inflasi yang akan datang menunjukkan penurunan dalam tekanan harga.

Kenyataan ini ternyata berbeza dengan ketua ekonomi ECB Philip Lane yang mengatakan tiada lagi sebab untuk mempertimbangkan kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat seterusnya.

Selain itu, pembuat dasar Mario Centeno juga menyokong untuk kadar yang lebih perlahan dalam pelaksanaan pengetatan pada bulan depan selepas dua kenaikan bersaiz besar berturut-turut sebelum ini.

Meneliti ketiga-tiga kenyataan daripada pembuat dasar tersebut, terdapat pandangan yang bercampur-campur untuk penetapan polisi seterusnya.

Setakat November, ECB telah menaikkan kadar sebanyak 200 mata asas sejak Julai, dengan pelabur kini meramalkan peningkatan sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat bulan depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat