Pegawai Fed Lihat Dua Kenaikan Kadar Faedah Pada 2022!

312

Presiden Federal Reserve (Fed) James Bullard mengatakan bahawa beliau menjangkakan bank pusat AS akan menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun 2022, selepas program pembelian asetnya berakhir.

Bullard mengatakan pandangannya adalah berdasarkan data ekonomi semasa dan ramalannya boleh berubah mengikut peredaran masa.

Tambah beliau lagi, apa yang boleh dilakukan oleh Fed sekarang adalah menilai keadaan pada pertengahan tahun akan datang, dan pada ketika itu mereka boleh membuat keputusan untuk menaikkan kadar.

Berdasarkan apa yang dilihat pada hari ini, Bullard melihat dua kenaikan kadar kadar pada 2022, yang mana ia boleh berubah apabila ekonomi memasuki separuh pertama tahun depan.

Bullard yang sememangnya dikenali lebih berpendirian hawkish berbanding penggubal dasar Fed yang lain, telah menyatakan kebimbangannya terhadap inflasi yang semakin meningkat.

Malah, data terbaru yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan harga borong AS meningkat 8.6% tahun ke tahun pada bulan Oktober, iatu kadar tahunan tertinggi dalam tempoh lebih satu dekad.

Bagaimanapun, Pengerusi Jerome Powell mengatakan bank pusat AS akan terus ‘bersabar’ untuk menaikkan kadar faedah walaupun kadar inflasi meningkat lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat