Pegerakan Matawang Forex Sesi Asia Hari Khamis

34

Yen kekal lemah berbanding dolar dengan pasangan matawang USD/JPY didangang pada 112.41, naik 0.16% daripada penutupan lalu setakat jam 11.50 pagi

USD/JPY melonjak ke paras 111.99, pada awal pengumuman FOMC pagi tadi. Walau bagaimanapun, dolar terus mendapat permintaan selepas laporan FOMC yang dihadam menunjukkan pendirian Fed lebih hawkish berbanding jangkaan dengan mengumumkan kenaikan kadar empat kali sebelum 2019, termasuk sekali tahun ini.

Antara pekara utama yang diutarakan dalam FOMC:
– Kadar faeadah kekal sekitar 1.00-1.25%
– Fed akan mula mengecilkan penyata imbangan bernilai US$4.5 trillion pada bulan Oktober
– Taufan dilihat tidak memberi kesan kepada jangka masa sederhana pada ekonomi

Pada jam 11.25 pagi tadi, BoJ menyimpulkan mesyuarat dasar monetari selama dua hari yang berakhir pada Khamis dengan mengumumkan penetapan kadar faedah kekal di paras -0.10 peratus. Mereka turut mengatakan bahawa ekonomi Jepun sekarang berkembang pada kadar sederhana dan pelaburan awam turut meningkat.

Keputusan ini tidak memberi sedikit kekuatan pada yen berbanding matawang lain, namun kekal lemah berbanding dolar US.

Matawang Aussie dan Kiwi kedua-duanya melemah dengan AUD/USD jatuh ke paras 0.8003, susut 0.35% manakala NZD/USD turun 0.42% kepada 0.7327 selepas harga berjaya tutup 50 pip lebih tinggi daripada pembukaan harga semalam.

Malam ini US akan mengeluarkan data pekerjaan dan indek pembuatan kajian Philly Fed, namun pasaran dijangka tidak akan memberi reaksi yang ketara selepas Fed berpendirian hawkish terhadap jangkaan kadar faedah mereka di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat