Pejabat JJPTR Akhirnya Diserbu Oleh Pegawai Dari Pelbagai Agensi Termasuk Polis

113

Pihak berkuasa dari pelbagai agensi telah menyerbu pejabat utama JJPTR (JJ Poor to Rich) di Jalan Perak Penang hari ini.

Satu kumpulan yang terdiri daripada 20 orang pegawai dari Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersil, Bank Negara Malaysia dan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menjalankan serbuan ke atas pejabat tersebut pada Jumaat bagi menyiasat syarikat pelaburan tersebut.

Pada Khamis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil  Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan bahawa pihak polis telah membekukan lima akaun bank JJPTR.

Sebelum ini pengasas Johnson Lee mendakwa akaun dagangan MT4 mereka telah digodam. Apa yang membingungkan adalah pemilik MT4 iaitu MetaQuotes Software Corp sendiri mendakwa mereka tiada rekod akaun dari JJPTR menurut laporan Sin Chew Daily.

Jika dilihat kepada dakwaan Lee (pengasas JJPTR) bahawa akaun dagangan mereka telah digodam dan menyebabkan kerugian hampir RM500 juta, alasan ini sebenarnya biasa digunakan dalam beberapa kes lain yang pernah berlaku sebelum ini tetapi dengan modus operandi yang sedikit berbeza.

Syarikat ini juga pernah disenaraikan di laman web Bank Negara Malaysia sebagai sebuah syarikat yang tidak diiktiraf dan tidak sah. Bank Negara juga menasihatkan agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan penyedia perkhidmatan wang yang tidak sah seperti ini di mana mereka tidak akan dilindungi oleh undang-undang pengguna.

Satu unit tindakan khas yang melibatkan Bank Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhajaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara telah ditubuhkan bulan lalu bagi meyiasat skim-skim permainan wang yang sedang beroperasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat