Pekerja Huobi Dipecat Jika Enggan Terima Gaji Dalam Kripto!

184

“Alamak, dah jadi satu paksaan pulak.”

Sepanjang masa terpalit dengan pelbagai kontroversi, kali ini syarikat Huobi Exchange yang diasas oleh Justin Sun bertindak memaksa para pekerjanya menerima gaji dalam mata wang kripto USDT ataupun USDC.

Pekerja yang enggan berbuat demikian dan masih mahu menerima bayaran dalam mata wang fiat akan dipecat serta merta tanpa perbincangan.

Keputusan tersebut telah mencetuskan kemarahan pekerjanya, dimana mereka menyatakan bahawa syarikat itu membuat langkah tidak masuk akal.

Menerusi pula sumber pada penghujung bulan lalu, Huobi berhasrat memberhentikan pekerja secara besar-besaran apabila pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik.

Menurutnya, beliau ingin kurangkan gaji pegawai kanan termasuk bilangan pekerjanya daripada 1,200 kepada 600 hingga 800 dan enggan memberi bonus tahun akhir kepada pekerja mereka.

Namun sebaliknya berlaku apabila Sun menyebut di akaun Twitter miliknya bahawa beliau akan mengambil lebih ramai pekerja wanita yang berminat dalam aset digital agar suasana tempat kerja di Huobi akan lebih adil dan seimbang.

Dalam pada itu, Sun berpendapat pekerja wanita mungkin dapat melontarkan idea ataupun perspektif berbeza yang dapat membangunkan lagi syarikat secara global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat