Pekerja Tesla Dipecat Selepas Muat Naik Ujian Autopilot Tesla Di Channel Youtube

1,247

‘Habis madu, sepah dibuang ye dok?’

Seorang pekerja *autopilot Tesla Inc, John Bernal telah dipecat selepas memuat naik video ulasan jujur mengenai cara sistem percubaan (beta) Full Self Driving (FSD) keluaran syarikat tersebut di saluran YouTube-nya.

*Penguji kenderaan pandu-sendiri keluaran Tesla

Bernal, Youtuber saluran AI Addict, bukan sahaja dipecat malahan pihak Tesla telah menyekat akses beliau kepada Beta FSD dalam kereta peribadinya sendiri, Tesla Model 3 2021.

Umun mengetahui bahawa Tesla hanya akan menyekat sebarang penggunaan sistem jika berlaku masalah perisian.

Walau bagaimanapun, Bernal dikatakan masih boleh menggunakan perisian bantuan pemanduan premium Tesla yang lain.

Sebagai pengetahuan, FSD adalah sistem bantuan pemandu baru yang masih belum lengkap atau dinyahpepijat sepenuhnya, dan antara ciri utama sistem tersebut adalah ‘autosteer di jalan bandar’, yang membolehkan kereta menavigasi sekitar persekitaran bandar yang kompleks tanpa pemandu perlu menggerakkan stereng.

Menurut sumber, harga bagi sistem FSD tersebut bernilai US$12,000 atau $199 sebulan di Amerika Syarikat (AS).

Tesla yang tidak menyatakan sebab Bernal dipecat dilihat enggan memberi komen lanjut mengenai pemecatan tersebut.

Untuk lebih memahami, ikuti fakta ringkas mengenai kisah pemecatan Youtuber John Bernal dari syarikat pembuat kereta eletrik, Tesla.

  • Bernal memulakan kerjayanya di Tesla sebagai pakar anotasi pada Ogos 2020.
  • Beliau kemudiannya telah dipindahkan ke peranan autopilot dan diberhentikan kerja pada minggu ke-2 Februari tahun ini.
  • Minat mendalam serta rasa cintanya kepada Tesla telah membuatkan beliau membeli sebuah unit kereta Tesla, Model 3 2021.
  • Berkelebihan sebagai pekerja Tesla, beliau telah menerima akses percuma kepada FSD yang sepatutnya bernilai $8,000.
  • Sebagai pertukaran, Tesla dibenarkan utnuk mengumpul data kenderaan dalam dan luaran penggunanya.
  • Kagum dengan teknologi ‘berpotensi’ Tesla, Bernal telah memulakan saluran AI Addict di YouTube pada Februari 2021.
  • Saluran AI Addict berfokus Bernal memandu di sekeliling Silicon Vallley sambil menguji perisian Beta FSD.
  • Semasa dipecat, Bernal tidak berikan sebab atau notis pemberitahuan kepada pemecatan beliau.
  • Pemecatan tersebut dibuat selepas 1 video Bernal yang memandu di San Jose telah merempuh tiang penghadang jalan (bollard) semasa Beta FDS digunakan.
  • Bernal menyatakan pengurusnya telah memarahi beliau kerana ‘melanggar polisi syarikat’ dan saluran YouTube miliknya adalah ‘konflik kepentingan’.
  • Sebagai bantahan, Bernal mengatakan salurannya memaparkan ketelusan mengenai Tesla sama ada yang baik mahupun yang buruk.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat