Pelabuhan Minyak Arab Saudi Diserang!

2,833

Kementerian Tenaga Arab Saudi mengesahkan pada hari Ahad bahawa sebuah dron telah menyerang pelabuhan minyak di Ras Tanura, dan peluru berpandu balistik yang dipercayai menyasarkan kemudahan tenaga Saudi Aramco.

Hub eksport Ras Tanura, yang merupakan antara pelabuhan minyak terbesar di dunia dilaporkan telah diserang oleh sebuah dron dari laut. Sementara peluru berpandu balistik jatuh berhampiran kawasan perubahan Saudi Aramco.

Kumpulan pemberontak Houthi, Yaman mengaku melancarkan serangan tersebut susulan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah baru-baru ini.

Walaupun serangan tersebut berjaya dipintas dan fasiliti minyak mentah di pelabuhan itu dilaporkan tidak terjejas, tetapi harga emas hitam melonjak lebih tinggi ke paras ketinggian terbaru.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak 2.4% kepada $71.20 setong, iaitu tahap paling tinggi sejak April 2019. Sementara WTI Amerika Syarikat melambung lebih tinggi ke paras tertinggi lebih dua tahun dengan kenaikan 2.5% kepada $67.75 setong.

Harga minyak sebelum ini telah meraih pengukuhan susulan keputusan OPEC+ untuk mengekalkan komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah semasa, dan Arab Saudi juga bersetuju untuk meneruskan pengurangan sukarelanya sebanyak 1 juta tong sehari sehingga bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat