Pelabur Asing Keluar Dari Malaysia Pada Minggu Lalu Berikutan Risiko Turki

768

Dana pelaburan asing telah meninggalkan Bursa Malaysia pada minggu lalu yang jelas dilihat kepada kejatuhan indeks Kuala Lumpur Compsite Index (KLCI) pada hari Isnin minggu lalu.

Berdasarkan data awal daripada Bursa, dana-dana asing mengeluarkan sejumlah RM631.4 juta ekuiti tempatan sekaligus memadam catatan kemasukan aliran masuk modal RM458.2 juta pada minggu sebelum itu.

Menurut kajian MIDF, sejumlah besar pengeluaran dana bermula sejak Isnin berikutan krisis kewangan Turki yang memberi kesan kepada negara baru membangun (emerging markets) seperti Malaysia.

Antara kaunter saham yang paling banyak membuat penurunan adalah yang terdedah kepada risiko Turki iaitu Malaysia Airports Holdings dan IHH Healthcare. Kedua-dua saham ini telah merekodkan kejatuhan sehingga lebih dari 5%.

Berikut adalah jumlah aliran modal keluar daripada bursa Malaysia oleh dana pelaburan asing. Secara mudahnya, ia adalah nilai saham tempatan yang dijual oleh pelabur asing pada minggu lalu.

 

  • Isnin – RM142.3 juta
  • Selasa – RM127.1 juta
  • Rabu – RM85.4 juta
  • Khamis – RM127.9 juta
  • Jumaat – RM148.7 juta

Walaupun terdapat laporan positif dalam isu perdagangan AS-China, ia tidak cukup untuk memulihkan sentimen pasaran di Malaysia pada tempoh tersebut. Berita tentang rundingan AS-China telah tersebar pada minggu lalu, namun ia hanya melibatkan pegawai peringkat bawahan. Penganalisis berpendapat rundingan ini tidak begitu signifikan.

“Rundingan AS-China bukanlah melibatkan pegawai peringkat tertinggi dan ia dijangka tidak memberi kesan dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, pasaran berharap ia akan membuka jalan kepada rundingan peringkat tertinggi,” demikian kata Yukio Ishizuki, strategist matawang di Daiwa Securities.

Menurut MIDF, aliran modal keluar bersih (net outflow) dari Malaysia setakat bulan Ogos berjumlah RM128.6 juta. Manakala secara tahunan sejak awal tahun ini berjumlah RM8.6 billion sehingga Jumaat lalu. Walaubagaimanapun, Malaysia adalah negara kedua paling rendah yang mencatatkan aliran miodal keluar berbanding 4 negara yang dikaji oleh MIDF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat