Pelabur Asing Kembali Tertarik Untuk Melabur di Malaysia?

697

Berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan MIDF, para pelabur luar mula kembali tertarik dalam pasaran saham Malaysia apabila aliran keluar pelaburan asing mula menurun.

Berdasarkan data dari Bursa Malaysia, aliran keluar hanyalah mencatat RM48.8 juta pada minggu lepas. Angka tersebut adalah kedua terendah bagi aliran keluar pelaburan asing untuk tahun ini.

Pada hari Selasa menunjukkan angka jualan terbanyak dalam seminggu oleh pelabur asing iaitu sehingga RM275.6 juta.Salah satu faktor utama yang mendorong kepada perkara tersebut ialah kenyataan Presiden Trump bahawa Amerika Syarikat belum bersedia untuk membuat lebih banyak tekanan keatas China. Walaubagaimanapun, aliran keluar pelaburan asing semakin rendah pada hari Rabu.

Sepanjang bulan Mei, pelabur asing telah menjual pegangan sebanyak RM2.04 billon berbanding setahun lalu, iaitu sebanyak RM5.6 bilion.

Pada hari ini, bursa Malaysia telah ditutup tinggi berikutan dipacu minat belian terhadap kaunter berkaitan indeks terpilih di tengah-tengah.Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 4.55 mata lebih tinggi pada 1,655.31 daripada 1,650.76 semasa ditutup pada Jumaat.

Pada esok hari, Bursa Malaysia hanya akan dibuka untuk sesi pagi bersempena perayaan Aidilfitri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat