Pelabur Belgium ‘Tepuk Dahi’, Kena Scam $12 Juta Dolar!

633

Badan pengawasan kewangan Belgium telah melaporkan aktiviti scammer yang didakwa mencuri sehingga $ 12 juta dari pelabur di negara tersebut menggunakan iklan palsu.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh Financial Services and Markets Authority (FSMA), mereka menganggarkan bahawa pelabur di Belgium telah kerugian sekurang-kurangnya 10 juta euro  iaitu kira-kira $ 11.8 juta antara Mei 2019 dan September 2020 kerana platform palsu , termasuk yang berurusan dengan matawang kripto.

Selain itu, FSMA juga melaporkan bahawa platform seperti itu menipu mangsa dengan menggunakan iklan palsu di media sosial yang memaparkan gambar selebriti serta mengarahkan mereka untuk memberikan maklumat kepada suspek.

Tambahnya lagi, platform tersebut sering menggunakan kaedah yang sangat agresif untuk meyakinkan mangsa untuk melabur dalam jumlah yang jauh lebih besar serta berusaha meyakinkan mereka agar membiarkan suspek menggodam komputer milik mangsa sehingga dapat melakukan pembayaran tertentu.

Bagi pelabur di Belgium, kaedah penipuan termasuk menghubungi orang ramai melalui telefon setelah mereka memberikan maklumat lalu menawarkan untuk menguruskan aset mereka bahkan menjanjikan pulangan yang berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa Belgium telah mengambil langkah pencegahan untuk mengatasi masalah tersebut. Pada bulan Februari, FSMA telah menyenarai hitam lebih daripada 140 laman web penipuan yang berkaitan dengan matawang kripto. Selain itu, FPS menganggarkan bahawa pelabur di Belgium kebiasaannya kerugian sekitar $ 152 juta gara-gara aktiviti penipuan tersebut setiap tahun, dengan kebanyakan insiden tidak dilaporkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat