Pelabur Bersedia Untuk Penurunan GBP/USD Lebih Rendah

536

Pound Sterling dilihat cuba untuk memaparkan pengukuhan pada sesi Eropah semalam, namun situasi itu gagal bertahan lama selepas pelabur kembali menyaksikan penyusutan semula mata wang Britain tersebut pada sesi New York.

Amaran oleh Menteri Kesihatan UK, Sajid Javid terhadap risiko Covid-19 membayangi pengumuman oleh Perdana Menteri Boris Johnson untuk pembukaan semula ekonomi pada 19 Julai ini.

Terbaru, UK melaporkan kes jangkitan harian melebihi angka 32,000 menjadikan jumlah kenaikan harian terbesar sejak penghujung Januari lalu.

Justeru, sukar untuk melihat mata wang Pound pamerkan prestasi cemerlang untuk tempoh terdekat ini sementara US dolar pula masih positif mengekalkan corak pengukuhannya menuju penghujung minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk minggu ini mencecah hampir ke paras 1.37500.

Namun sebelumnya, harga dilihat membuat kenaikan pada sesi Eropah ke paras 1.38300 dahulu dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Harga gagal menembusi halangan tersebut untuk memberi isyarat kenaikan harga, sebaliknya susut semula di awal sesi pasaran New York untuk menyambung trend penurunan.

Selepas mencecah ke paras terendah mingguan terbaru, harga sedikit meningkat sebelum menutup dagangan sesi New York perlahan di sekitar paras 1.38000.

Pelabur akan menjangkakan penurunan lebih rendah harga pada hari ini untuk menguji paras sokongan minggu lalu sekitar 1.37400.

Penurunan diteruskan dilihat akan menguji pula zon support tumpuan pada 1.37000 di mana zon ini telah berjaya menyokong kenaikan harga pada dagangan April lalu.

Namun sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi zon harga 1.38000-1.38300, kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.39000-1.39200.

Seterusnya, isyarat lebih jelas untuk trend bullish akan mendorong harga untuk kembali semula menguji zon rintangan pada 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat