Pelabur Bitcoin Gusar – Adakah Kejadian Akhir 2017 Bakal Berulang?

2,688

Pada dua minggu lepas, para pelabur baru sahaja menikmati keuntungan dari pelaburan Bitcoin (BTC) berikutan raja kripto itu mencatat peningkatan daripada $10,500 pada awal Oktober 2020 kepada paras harga hampir $42,000.

Bagaimanapun, tanpa disangka harga BTC tidak kekal lama di paras tertinggi apabila mula susut sehingga paras terendah pada tengah malam tadi, $31,757 yang antaranya disebabkan kebimbangan terhadap peraturan Amerika Syarikat yang lebih ketat.

Bitcoin telah merosot 10% pada hari Khamis ke paras terendah 10 hari. Secara tidak langsung, permodalan pasaran matawang kripto turut terjejas, jatuh kepada $600 bilion. Penganalisis berpendapat bahawa terdapat panic selling di tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar yang ingin diambil oleh pentadbiran kerajaan dan kekhuatiran bahawa Bitcoin adalah sebuah ‘bubble’.

Janet Yellen dalam salah satu kenyataannya menyatakan pendirian beliau terhadap matawang kripto yang dianggap sangat berkait rapat dengan jenayah.

Jelasnya, penggunaan Bitcoin (BTC) begitu meluas dalam kalangan pengganas dan aktiviti pengubahan wang haram, termasuk penggunaan matawang kripto dalam transaksi kewangan haram. Atas dasar itu Yellen telah menggesa agar penggunaan matawang kripto dikekang bagi memastikan tiada aktiviti pengubahan wang haram berlaku menerusi saluran kripto.

Hal yang senada juga dinyatakan Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde yang mengusulkan agar pengawalseliaan Bitcoin dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana matawang crypto itu sering disalahgunakan seperti digunakan dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Joseph Edwards dari Enigma Securities mengatakan bahawa komen Janet Yellen telah memberi kesan yang besar. Namun secara peribadi kejatuhan ini hanyalah sementara waktu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat