Pelabur Bitcoin Semakin Takut?

8,727

Bitcoin (BTC) malam tadi tanpa dijangka susut mendadak ke paras bawah $29,000, mengundang kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Berdasarkan Crypto Fear and Greed Index, nampaknya emosi pelabur kembali menjunam ke tahap rekod pada awal Oktober 2020 ketika Bitcoin didagangkan sekitar $10,500.

Pada 22 Januari, Crypto Fear and Greed Index telah jatuh pada angka 40, menunjukkan sentimen pasaran telah berubah daripada “Extreme Greed (Ketamakan Melampau)” kepada “Fear (Ketakutan)”.

Untuk pengetahuan, Crypto Fear and Greed Index merupakan instrumen untuk mengukur dua emosi utama yang mempengaruhi seberapa banyak pelabur bersedia membeli matawang kripto.

Menurut Alternative.me, paras ‘Extreme Fear’ boleh jadi tanda para pelabur terlalu bimbang yang mana memberi isyarat peluang baik untuk membeli. Berbeza pula ketika pelabur terlalu tamak, ini menunjukkan kepada isyarat pembetulan harga.

Sebelum susut kepada paras 40, Crypto Fear and Greed Index berada di paras 95 pada 6 Januari, menunjukkan para pelabur terlalu tamak ketika Bitcoin mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $42,000 pada 9 Jan.

Sejak daripada itu, BTC mengalami pembetulan harga, hingga berlaku penyusutan sehingga $28,750 malam tadi.

Ketua Pegawai Pelaburan Guggenheim, Scott Minerd meramalkan harga Bitcoin mungkin akan terus susut kepada $20,000 dan pada masa yang sama masih percaya BTC akan mencecah $400,000, cuma bukan pada tahun ini.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $31,545, susut lebih 10% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat