Pelabur Boleh Tarik Nafas Lega, Ini Yang Terjadi Menjelang Krismas!

870

US dolar tidak banyak berubah dalam pembukaan pasaran sebentar tadi pada hari Jumaat, Justeru, ia dijangka akan menutup posisi lebih rendah pada hari ini berikutan terdapat tanda-tanda pemulihan dalam penularan pandemik Covid-19. Ini telah menghidupkan kembali semula selera risiko pemain pasaran.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit susut iaitu sebanyak 0.02% kepada paras dagangan 96.035. Dalam masa yang sama, pergerakan matawang utama lain juga terbatas dengan Euro juga susu 0.05% kepada paras dagangan 1.1319.

Walaubagaimanapun, US dolar telah kehilangan antara 1% dan 1.5% pada minggu ini berbanding matawang sterling dan dolar Kanada.Dalam masa yang sama susut hampir 1% berbanding matawang Australia, New Zealand dan Euro kerana dapatan mendapati bahawa penularan terkini tidak akan memberi impak besar seperti yang sebelumnya.

Data pada hari Khamis menunjukkan inflasi yang berterusan di A.S tidak mengcukupi untuk mempengaruhi tingkah laku pemain pasaran kerana bukti yang semakin meningkat mencadangkan bahawa varian Omicron bagi Covid-19 kurang berkemungkinan daripada membawa kepada penyakit serius.

Dagangan lebih stagnant menjelang 25 Disember.Hanya sahaja, matawang lira Turki yang menunjukkan pergerakan ketara berikutan percubaan tindak balasa daripada Presiden Turki.

Disisi lain pasaran kripto juga mempamerkan sentimen positif dalam pasaran dengan peningkatan harga Bitcoin (BTC) yang kembali tembus paras harga $50,000 bermula pada tengah malam semalam.

Ketika penulisan, raja kripto ini didagangkan pada $51,128 dengan lonjakan hampir 6% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat