Pelabur Dah Masuk Office? Ini Berita Tumpuan Aset Berisiko Awal Minggu

128

Pasaran ekuiti dilihat menenangkan diri sebentar hari ini sungguhpun dolar masih bergerak mendatar selepas data indeks harga pengguna (CPI) dan pengeluar (PPI) yang bercampur memihak kepada Federal Reserve (Fed).

Menurut James Bullard, Presiden Fed St. Louis, bank pusat Amerika Syarikat (AS) masih perlu menaikkan kadar faedah di sebalik andaian dasar ‘dovish’ pasaran.

Hal ini kerana  kesan kenaikan sebelum ini ‘hanya membuahkan hasil pada inflasi yang diperhatikan sahaja’ dan andai melakukan kenaikan banyak sekarang maka Fed boleh mengurangkannya pada suku pertama 2023.

Dalam pada itu, Wall Street mengakhiri sesi Jumaat pada nota positif dengan Dow Jones Industrial naik 0.6% pada 33,745.7 sementara S&P 500 capai 0.5% pada 3,965.3 dan Nasdaq Composite mendatar pada 11,146.1.

Indeks MSCI global mencanak 15% dari paras terendah 13 Oktober dan MSCI Asia turut melonjak 15% untuk 4 minggu berturut-turut, menuju ke paras bulanan terbaik sejak Mei 2009.

Namun, situasi pagi ini tampak berbeza sedikit dengan niaga hadapan Dow Jones jatuh 0.1% sementara S&P 500 mendatar dan Nasdaq naik 0.1%.

Zon Asia pula menyaksikan Nikkei 225 tambah 0.32%, Topix naik 0.36%, Kospi Korea Selatan dibuka tinggi, Kosdaq capai 0.18% dan S&P/ASX 200 Australia canak 0.1%.

Pada sisi berbeza, tumpuan pelabur sepanjang minggu ini mungkin terarah ke minit FOMC yang dijangka memberi indikasi kenaikan kadar faedah seterusnya selain data bacaan awal sektor perkhidmatan dan pembuatan PMI AS.

Turut tidak ketinggalan adalah data sentimen pengguna tinjauan Universiti Michigan, jualan rumah baru dan sambutan Hari Kesyukuran di AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat