Pelabur Desak Groupon Lakukan Pengambilalihan

194

Syarikat jualan harian, Groupon Inc. sedang di dalam proses pengambilalihan ekoran rasa tidak puas hati di antara para pemegang saham mengenai prestasi kewangan syarikat serta nilai syarikat di dalam pasaran saham. Ketika ini sasaran utama ialah Yelp Inc. yang merupakan syarikat tinjauan atas talian yang bertapak di San Francisco.

Jika gabungan ini berhasil, Groupon dan Yelp akan menjadi gandingan yang ideal dan gabungan di antara kedua-dua syarikat ini akan memberi nilai baru kepada syarikat dengan pendapatan kasar sekitar $900 juta hingga $ 1 bilion.

Groupon melaporkan pendapatan kasarnya diselaraskan sebanyak $ 47 juta pada suku terbarunya, menurut laporan kewangan untuk bulan Julai. Pendapatan kasar yang diselaraskan Yelp adalah sekitar $55 juta pada akhir bulan Jun. Pengambilalihan atau penggabungan syarikat boleh memberi penjimatan sekurang-kurangnya $200 juta.

Gabungan ini juga boleh mewujudkan pasaran atas talian di mana peniaga boleh menawarkan pelbagai produk dengan harga yang menarik dan pelanggan boleh membaca ulasan, membuat tempahan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Namun begitu, kedua-dua pihak masih enggan mengulas mengenai isu ini.

Saham Groupon telah meningkat untuk beberapa hari sejak kebelakangan ini. Ketika ini, saham Groupon didagangkan pada nilai $3.01 sesaham dan ini merupakan kenaikan lebih daripada 21% sejak awal September. Saham Yelp juga menunjukkan sedikit peningkatan apabila naik $0.64 kepada $34.60.

Dengan nilai terkini syarikat yang berjumlah $1.71 bilion, syarikat itu bernilai jauh lebih rendah berbanding penilaian $16.5 bilion yang diterima pada tahun 2011 ketika mula didagangkan secara umum. Untuk Yelp, nilai terkini syarikat ialah $2.46 bilion.

Groupon mempertimbangkan cadangan untuk pengambilalihan kerana melihat ada potensi untuk mewujudkan perniagaan yang jauh lebih besar iaitu perniagaan yang boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pembeli dan peniaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat