Pelabur Diminta Bersiap Sedia, RBA Beri Amaran!

5,509

Reserve Bank of Australia (RBA) tampaknya sedang mempertimbangkan peningkatan kadar faedah yang selanjutnya selepas Gabenor Philip Lowe memberi peringatan mengenai inflasi di negara itu akan meningkat lebih tinggi daripada dijangkakan.

Dalam temu bual di televisyen pada Selasa, Lowe memberitahu bahawa harga pengguna Australia berkemungkinan mencecah 7% menjelang akhir tahun ini, daripada kadar semasa, 5.1% yang dicatatkan pada suku pertama.

Jangkaan tersebut jauh lebih tinggi daripada ramalan yang dibuat oleh bank pusat sebelumnya untuk peningkatan 5.9% dan ia akan menjadi catatan tertingggi sejak pertengahan tahun 1990.

Ekoran daripada itu, Gabenor Lowe menekankan bahawa RBA perlu mengembalikan inflasi ke arah sasaran bank pusat iaitu 2-3%.

Sambil mempertahankan tindakan yang diambil pada mesyuarat polisinya baru-baru ini, beliau mengatakan adalah penting untuk mereka mengambil langka tegas dalam menormalkan dasar monetari.

RBA telah mengejutkan pasaran pada awal bulan ini dengan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas kepada 0.85%, dua kali ganda lebih besar daripada jangkaan meluas. Lowe juga menjelaskan bahawa terdapat lebih banyak pengetatan yang akan datang.

Pelabur kini menjangkakan bahawa RBA akan terus melaksanakan peningkatan setengah mata asas pada bulan Julai dan Ogos, sehingga kadar mencecah 3.5% menjelang akhir tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat