Pelabur Ekuiti Ragu Menjelang FOMC? Berita Ini Akan Beri Pencerahan

186

Situasi di pasaran Wall Street kembali berfokuskan mesyuarat FOMC Federal Reserve (Fed) yang seterusnya menekan semula penurunan kepada ekuiti.

Pelabur difahamkan sedang bersiap sedia menantikan pelaksanaan kenaikan kadar faedah agresif, peningkatan 75 mata asas untuk 4 kali mesyuarat berturut-turut oleh Fed, dalam menentukan prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, dolar meneruskan lonjakannnya dengan hasil Perbendaharaan masih berlegar di paras tinggi.

Sungguhpun pasaran ekuiti menyusut dari rali mengejut Jumaat lepas, indeks-indeks utama mencatat bacaan bulanan terbaik pada Oktober dengan Dow Jones capai peratus keuntungan terbesar sejak 1976.

Mencerap papan indeks, Dow Jones Industrial jatuh 0.39% pada 32,732.95 sementara S&P 500 hilang 0.75% pada 3,871.98 dan Nasdaq Composite susut 1.03% pada 10,988.15.

Ulas ketua strategi pasaran Ameriprise Financial, Anthony Saglimbene, situasi pasaran bon dilihat terus meragui usaha memperlahankan kenaikan kadar faedah oleh Fed.

Indeks STOXX 600 Eropah naik 0.35% manakala tolok MSCI saham global susut 0.44%.

Pagi ini di Asia pula Nikkei 225 Jepun raih 0.15%, Topix naik 0.23% dan Kospi Korea Selatan canak 0.28%.

Indeks S&P/ASX 200 Australia bermula lemah menjelang pelaksanaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Australia (RBA).

Dalam pada itu, pelabur turut meramalkan satu lagi kenaikan 75 mata asas oleh Bank of England (BOE) minggu ini sementara data inflasi di zon Eropah yang kekal tinggi dan kemerosotan aktiviti perkilangan China mencemarkan sentimen.

Ringkasan mata wang memperlihatkan indeks dolar canak 0.8% berbanding Yen pada ¥148.62, Euro susut 0.8% berbanding greenback pada $0.9887.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat