Pelabur Emas Jangka Dagangan GOLD Terus Meningkat?

786

Dagangan emas seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD semalam telah kembali melonjak semula di atas paras 1900.00 selepas penurunan yang dilihat pada sesi Asia.

Harga yang membuat penurunan sehingga ke paras terendah harian sekitar 1887.00 kembali melonjak 300 pips menguji paras resistance minggu lalu sekitar 1918.00 sebelum harga bergerak perlahan dan menutup dagangan sesi New York sedikit rendah.

Penurunan harga dipamerkan pada dagangan yang bermula di sesi Asia pagi ini namun pada kadar yang perlahan.

Pergerakan harga emas masih lagi berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang memberikan isyarat trend masih bullish.

US dolar yang mempengaruhi pergerakan harga emas masih lagi dilihat untuk bergerak susut susulan sentimen pasaran yang menunjukkan pemulihan dengan keyakinan untuk Kongres AS mencapai persetujuan bagi pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, destinasi tumpuan seterusnya adalah ke paras 1938.00 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum ke paras lebih tinggi.

Namun, sebaliknya jika harga turun lebih rendah di bawah paras 1900.00 semula, paras tumpuan adalah dilihat pada zon RBS (resistance become support) 1875.00 sebelum penurunan lebih rendah menuju pula ke zon support 1850.00.

Pantau sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat