Pelabur Garu Kepala, Apa Hal Emas Naik Pula?

3,498

Emas memanfaatkan peluang untuk mencatatkan keuntungan daripada dagangan US dolar yang lemah susulan keputusan mesyuarat polisi FOMC yang menepati jangkaan untuk mempercepatkan pengurangan pembelian bon bulanannya.

Logam berharga itu pada mulanya menjunam rendah pada $1,752 per auns sejurus kenyataan Federal Reserve (Fed) dikeluarkan, sebelum melantun semula lebih tinggi untuk didagangkan ke sekitar paras harga $1,782 per auns pada sesi Asia hari ini.

Lonjakan ini menyusuli kejatuhan dipaparkan oleh raja matawang USD yang susut dari paras ketinggian tiga minggu sehingga didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama.

Sementara hasil bon AS 10 tahun pula kurang memberi reaksi terhadap pengumuman Fed untuk mempercepatkan pengurangan pembelian bon, dengan terus berlegar di sekitar tahap 1.46%.

Reaksi hasil bon yang terhad dan kemerosotan USD, dilihat menjadi pemacu kepada kenaikan harga emas walaupun pada hakikatnya bank pusat AS sangat hawkish untuk mula mengetatkan dasar monetarinya bagi memerangi inflasi.

Sementara itu, lonjakan inflasi yang lebih tinggi dan risiko dari varian Omicron masih lagi memberi sokongan kepada harga emas untuk kekal didagangkan kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat