Pelabur Gelisah GBP/USD Masih ‘Lemau’ Untuk Teruskan Kenaikan

399

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat bergerak lemah berbanding jangkaan pelabur untuk harga terus melonjak lebih tinggi.

Jangkaan lonjakan harga adalah susulan kemenangan Demokrat pada pilihan raya Georgia yang akan membuka lebih besar ruang untuk pakej bantuan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

Dengan itu, US dolar dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran dalam tempoh masa terdekat.

Pound Sterling walau bagaimanapun masih bergelut untuk mengukuh berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan virus di UK sehingga mendesak Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan arahan perintah berkurung pada awal minggu ini.

Pun begitu, harga masih berpotensi untuk membuat kenaikan jika US dolar lebih ketara melemah menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat ini. Minit mesyuarat FOMC juga memberi isyarat bahawa pelonggaran lebih lanjut pada polisi di masa hadapan.

Pergerakan harga semalam menunjukkan terjunan harga 130 pips selepas corak kenaikan harga yang lemah dipaparkan.

Namun harga kembali membuat kenaikan semula sehingga penghujung sesi New York dan berjaya menutup dagangan di atas paras 1.36000.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini pula melihatkan harga cuba untuk membuat kenaikan namun masih berlegar sedikit rendah dari paras 1.36000 sehingga ke awal sesi Eropah.

Jika harga membuat penurunan, zon tumpuan pada 1.35000 dilihat akan menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula, paras ketinggian dicapai semalam akan diatasi sebelum harga menguji zon resistance pada 1.37000.

Zon resistance tersebut juga menjadi paras tertinggi yang dicapai minggu ini merekodkan paras tertinggi sejak April 2018.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat