Pelabur Gusar Intai Arah GBP/USD Yang Masih ‘Berkabus’

151

Menilai dagangan pada Selasa semalam, pemulihan mata wang Pound pada sesi Asia bersambung ke sesi Eropah tidak bertahan lama apabila kembali menerima asakan pengukuhan semula US dolar pada sesi New York.

US dolar yang ‘tidur’ pada mulanya kembali bangkit di sesi New York dikejutkan dengan terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif dengan tinjauan sektor pembuatan yang berada di paras yang baik untuk bacaan bulan Oktober serta data tawaran pembukaan pekerjaan AS yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan pada September lalu.

Pelabur kini berwaspada memantau pergerakan bagi kedua-dua mata wang US dolar dan Pound menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) dan Federal Reserve (Fed) dengan jangkaan masing-masing untuk kenaikan 75 mata asas.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat berlegar dalam julat zon 200 pips harga dari paras 1.16500 hingga 1.14500 sejak minggu lalu bersambung ke awal minggu ini.

Setelah corak penurunan ditampilkan harga pada Isnin lalu, terdapat kenaikan semula harga pada sesi Asia dan Eropah semalam melepasi paras 1.15000 mencapai ketinggian sekitar 1.15600.

Namun, harga dilihat menjunam semula di sesi New York susulan pengukuhan US dolar tersebut yang menekan harga sehingga ke paras 1.14500 semula.

Lantunan semula harga disaksikan sehingga bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi Rabu ini, dengan harga berlegar di sekitar 1.15000 menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut untuk isyarat pergerakan bearish.

Sekiranya harga kekal menuruti corak menurun tersebut, berkemungkinan harga bakal susut di bawah paras 1.14500 dengan jangkaan menuju sehingga ke sekitar 1.13000.

Seterusnya pada 1.12000 dan support 1.11000 akan menjadi tumpuan harga berikutnya pada penurunan harga yang diteruskan.

Namun, jika berlaku lonjakan semula harga dari 1.15000 dan melepasi halangan MA50, isyarat awal perubahan arah harga itu akan mendorong rintangan pada 1.16000 untuk diuji harga semula.

Seterusnya, jika harga berjaya meneruskan pendakian melepasi tembok utama 1.16000-1.16500, paas ketinggian terbaru 10 minggu bakal dicatatkan dengan sasaran untuk mencapai 1.18000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat