Pelabur Hati-hati! Semua Mata Pada Data Inflasi AS

173

Pasaran mata wang terus bergerak dalam jajaran yang kecil pada Khamis di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Namun, kelemahan berterusan US dolar telah menyokong dagangan euro untuk mencapai paras tertinggi terbaru 7 bulan pada 1.07765 berikutan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin menaikkan kadar yang lebih kecil.

Pun begitu, bacaan inflasi AS yang akan dikeluarkan pada sesi New York hari ini bakal menentukan sama ada ia akan menguatkan jangkaan tersebut atau sebaliknya.

Indeks harga pengguna (CPI) AS diunjurkan meningkat 6.5% pada Disember, menurun daripada 7.1% tahun ke tahun yang dicatatkan pada bulan November lalu.

Dalam pada itu, pengukuhan euro turut dibantu oleh penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) yang kebanyakannya menawarkan kenyataan hawkish.

Gabenor bank pusat Perancis, Francois Villeroy de Galhau mengesahkan bahawa ECB perlu menaikkan kadar faedah lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, ahli Majlis Tadbir ECB Olli Rehn berkata bahawa kadar di Zon Eropah masih perlu meningkat dalam beberapa mesyuarat akan datang dan mencapai tahap yang terhad untuk mengurangkan inflasi.  

Beralih kepada mata wang utama lain, dagangan pound terus mengekalkan keuntungannya pada paras tertinggi 3 minggu dengan pelabur memberi perhatian kepada terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK pada Jumaat.

Dolar Aussie dan New Zealand pula kekal diniagakan tinggi berbanding US dolar, dengan Aussie masih disokong oleh data inflasi Australia yang lebih kuat berbanding jangkaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat