Pelabur Jangan Terlepas, ‘Taufan’ Mah Sing Melanda Bursa Malaysia

5,431

Syarikat pemaju hartanah, Mah Sing Group Bhd menyaksikan momentum pembelian terhadap sahamnya berterusan selepas mengumumkan untuk mempelbagaikan pengeluaran dalam industri pembuatan dan perdagangan sarung tangan baru-baru ini.

Pada sesi dagangan aktif pagi tadi, harga sahamnya melonjak sebanyak 22.8%.

Pada pukul 11.35 pagi, saham Mah Sing mencatat sedikit keuntungan selepas mencecah paras RM1.16, yang tertinggi direkodkan dalam tempoh dua tahun sebelum berada pada paras RM1.13 namun masih melonjak sebanyak 19.58% atau 18.5 sen berbanding harga yang ditutup pada sesi sebelum ini.

Lonjakan itu menjadikan pasaran modal Mah Sing sejumlah RM2.74 bilion.

Kira-kira 273.86 juta sahamnya bertukar tangan dan menjadi saham keempat paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia.

Pada Khamis lalu, Mah Sing mengumumkan perancangan baharunya terhadap pembuatan sarung tangan dan sejak itu harga sahamnya melonjak tinggi.

Sahamnya merekodkan peningkatan sebanyak 55% daripada harga yang ditutup pada 15 Oktober lalu iaitu 73 sen.

Menurut Mah Sing dalam satu kenyataannya, pengeluaran sarung tangan pertamanya dijangka siap pada suku kedua 2021.

Menerusi perancangan baharu itu, Mah Sing mempunyai akses ke pasaran global selain mengurangkan kebergantungan pada pasaran domestik untuk perniagaan hartanahnya.

Selain itu, ia juga akan memberi manfaat kepada prospek jangka panjang terhadap industri sarung tangan berikutan pertambahan permintaan ketika pandemik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat