Pelabur Jangka EUR/USD Bakal Terbenam Rendah Selepas Data Inflasi AS Diterbitkan, Setuju?

335

Sentimen pasaran yang kekal suram pada permulaan minggu ini masih menyaksikan pengukuhan oleh US dolar walaupun terdapat sedikit penyusutan pada dagangan antara sesi semalam.

Tarikan terhadap pelabur lebih selamat memberi kelebihan kepada mata wang US dolar dalam pasaran walaupun sedikit bergelut untuk menyaingi mata wang safe-haven yang lain.

Selain pandangan optimis pelabur terhadap langkah pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed), US dolar turut dipacu oleh lonjakan hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) ke paras 2.8%.

Pelabur walau bagaimanapun akan berhati-hati menantikan terbitan bagi data inflasi AS pada sesi New York malam nanti.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak mendatar di sekitar zon tumpuan 1.09000 untuk permulaan dagangan awal minggu ini.

Terdapat isyarat awal untuk pergerakan harga bertukar arah untuk membuat kenaikan semula apabila harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun pelabur menantikan isyarat yang lebih jelas untuk arah pergerakan harga selanjutnya selepas memaparkan pergerakan trend bearish pada minggu lalu.

Pelabur juga turut berwaspada untuk dagangan Euro menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada minggu ini. Sementara pada sesi Eropah sebentar lagi, data tinjauan sentimen ekonomi Jerman akan turut dipantau pelabur.

Sekiranya penurunan harga diteruskan, zon support yang bakal diuji adalah pada 1.08000 iaitu zon yang pernah menyokong harga pada dagangan Mac lalu selepas harga susut merekodkan paras terendah terbaru sejak Mei 2020.

Sekiranya penurunan diteruskan lebih rendah, sasaran terbaru adalah pada sekitar 1.07000 untuk penurunan harga mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Sebaliknya jika kenaikan harga yang berlaku, rintangan awal yang bakal diuji harga adalah pada paras 1.1000.

Dan kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menuju pula ke zon rintangan pada 1.12000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat