Pelabur Jangka Momentum Lebih Positif Kenaikan EUR/USD Minggu Ini

715

Pasaran pada awal minggu ini dilihat masih mengikuti sentimen pada minggu lalu yang dijangka akan terus menyaksikan penurunan pada nilai dagangan US dolar.

US dolar telah bergerak lemah sepanjang minggu lalu susulan laporan data pekerjaan NFP yang kurang memberangsangkan dan juga kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan polisi monetari bank pusat.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah berjaya menampilkan kenaikan sepanjang minggu dari paras support 1.19500 sehingga ke paras 1.21500.

Namun selepas menguji paras 1.21500 pada zon resistance tersebut, harga susut semula pada dagangan penghujung minggu ke paras 1.20900 pada zon RBS (resistance become support).

Berikutan indeks saham utama Wall Street pamerkan prestasi yang meningkat pada penghujung minggu lalu, penurunan harga hanya sementara dengan harga menunjukkan kenaikan semula sehingga dagangan yang bersambung di pembukaan pasaran awal minggu ini.

Kenaikan semula harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga kembali memberi keyakinan kepada pelabur untuk trend bullish harga pada carta EUR/USD.

Seterusnya, zon resistance pada 1.21500-1.21800 akan diuji untuk harga terus mencatatkan kenaikan lebih tinggi pada minggu ini dengan paras ketinggian sekitar 1.22500 akan menjadi sasaran.

Namun jika harga gagal melepasi zon resistance tersebut, berkemungkinan pasaran akan menyaksikan penurunan semula harga ke zon RBS 1.20900.

Penurunan lebih rendah akan menguji paras 1.20550 sebelum paras tumpuan pada 1.20000 dilihat berpotensi dicecah semula harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat