Pelabur Jual Saham Lepas Tesla Umum Kurangkan Pengeluaran Kereta Elektrik Di Shanghai

209

‘Tak ada angin, tak ada ribut, tahu-tahu hujan.’

Keputusan Tesla Inc untuk mengurangkan 20% pengeluaran kenderaan elektrik (EV) Model Y di Shanghai sudah cukup untuk membuatkan pelabur menjual saham syarikat dengan kebimbangan dasar pengetatan agresif kembali.

Rancangan pengurangan pengeluaran itu dibuat selepas terbitan laporan penjualan EV di China pada bulan November, peningkatan 40% berbanding bulan sebelumnya dengan potongan harga Model 3 dan Y menjadi pemangkin.

Tesla juga berjaya menjual sebanyak 100,291 EV pada bulan November iaitu penjualan bulanan terbaik sejak pembukaan kilang di Shanghai semasa 2020.

Namun, tindakan pengurangan pengeluaran tanpa sebarang sebab dikemukakan itu jelas menggusarkan pelabur.

Sebelum ini Tesla telah menafikan sebarang berita mengenai pengurangan pengeluaran di kilang Shanghai, fasiliti terbesar dan tercanggihnya di China, dengan aliran masuk pelabur meningkat sejak Ogos lalu.

Kemungkinan besar pengurangan pengeluaran itu dibuat berdasarkan situasi dasar sifar Covid-19 di China tetapi pihak Tesla masih belum memberi sebarang kenyataan berkenaannya.

Setakat penulisan ini saham Tesla diniagakan rendah 6.37% pada $182.45, dengan faktor data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menambah tekanan.

Dalam pada itu, pengecutan saham Tesla ini mendorong indeks Wall Street untuk berakhir lemah selepas data ekonomi iaitu indeks perkhidmatan PMI tinjauan ISM mengukuh.

Ia sekaligus mengembalikan kebimbangan pasaran berkenaikan kenaikan kadar agresif oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC terakhir 2022 minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat