Pelabur Kena Hati-Hati, Saham MyNews Bakal Jatuh

377

Beberapa penganalisis menurunkan harga sasaran saham MyNews Holding Bhd selepas syarikat itu merekodkan kerugian sebanyak RM6.09 juta bagi suku ketiga tahun ini yang berakhir 31 Julai berbanding RM2.33 juta pada suku sebelumnya.

Pada suku kedua tahun lalu, syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.45 juta.

MyNews turut mengalami penurunan dari segi pendapatan berbanding suku sebelumnya sebanyak 10.8% iaitu dari RM123.5 juta kepada RM110.1 juta.

Jelas syarikat terbabit, impak Covid-19 khusunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan prestasi pada suku ketiga tahun ini.

CGS-CIMB Research, AmResearch dan RHB Research masing-masing merendahkan harga sasaran mereka tetapi mengekalkan unjuran saham masing-masing untuk MyNews.

CGS-CIMB Research mengekalkan unjuran ‘hold’ dan merendahkan harga sasaran kepada 64 sen daripada 70.4 sen.

AmResearch juga mengekalkan unjuran ‘hold’ dan merendahkan nilai saksama sebanyak kira-kira 10% kepada 60 sen daripada 67 sen.

Dalam pada itu, RHB Research turut mengekalkan unjuran ‘buy’ serta menurunkan harga sasaran saham MyNews kepada 75 sen daripada 90 sen.

Bagaimanapun, ketiga-tiga firma terbabit percaya MyNews sudah melepasi tempoh yang buruk.

Jelas RHB Research, MyNews perlahan-lahan membuka semula sebahagian cawangannya dan pendapatannya kembali pulih susulan pembukaan semula aktiviti perniagaannya secara berperingkat.

“Kami yakin para pelabur harus melihat kelemahan pendapatan jangka pendek kerana keunikan MyNews terletak pada skala besar perniagaannya dan pasukan pengurusan keusahawanan,” kata RHB Research dalam laporannya hari ini.

Tambah firma itu, beberapa cawangan telah dibuka secara progresif, sekali gus menandakan pemulihan.

Saham MyNews ketika ini menurun sebanyak 1 sen kepada 61 sen serta pasaran modalnya bernilai RM422.9 juta

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat