Pelabur Kini Dalam Mode Tunggu Dan Lihat?

385

Pergerakan perlahan matawang menghiasi pasaran ketika pelabur menantikan penerbitan data inflasi AS pada minggu ini.

Pengukuhan yang dipaparkan indeks dolar pada Selasa, akhirnya terbantut dan terus didagangkan mendatar berbanding kebanyakan matawang utama pada keseluruhan sesi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama, diniagakan di sekitar 90.05 pada sesi Asia.

Data pekerjaan AS pada hari Jumaat, menunjukkan bacaan yang lebih lemah dari jangkaan, dengan kenaikan sebanyak 559,000 pada bulan Mei, sekali gus mengecewakan pasaran.

Data tersebut membantu menurunkan hasil bon AS berhampiran paras terendah baru-baru ini, seiring dengan matawang US dolar, dan pelabur kini menantikan data harga pengguna pada hari Khamis untuk mendapatkan petunjuk baru.

Pelabur kini mengharapkan Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan pembelian bonnya menjelang akhir tahun ini, dan penurunan sebenarnya akan bermula awal tahun depan.

Sementara menantikan penerbitan data inflasi, mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) pada malam ini juga bakal dijadikan perhatian oleh para pelabur.

Dolar Kanada diperdagangkan 0.3% lebih rendah di sekitar harga 1.2115 berbanding US dolar, sedikit susut dari paras tertinggi enam tahun yang dicapainya pada minggu lalu.

Kebanyakan matawang utama didagangkan hampir tidak berubah, di mana matawang pound terus didagangkan di sekitar harga 1,41500, sementara euro juga diniagakan di sekitar paras harga yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat