Pelabur Kripto Di Malaysia Disarankan Isytihar Cukai Kepada LHDN!

2,099

“Ha sudah! Pelabur-pelabur kripto kat Malaysia ni bersedialah untuk bayar cukai ye.”

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjalankan operasi khas diberi nama Ops Token sebagai sebahagian hasrat kerajaan yang ingin mengurangkan kebocoran hasil cukai daripada perdagangan mata wang kripto serta menambah baik pentadbiran cukai negara.

Dilaporkan bahawa 38 anggora Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah bekerjasama bagi menyerbu 10 lokasi berbeza di Lembah Klang.

Susulan data dagangan kripto disimpan dalam peranti mudah alih komputer telah ditemui melalui operasi tersebut, mereka akhirnya berjaya mengenal pasti nilai aset digital didagangkan yang menyebabkan kebocoran hasil cukai sangat ketara.

Data diperoleh akan dianalisis secara terperinci bagi mendapatkan nilai kripto didagangkan dan keuntungan yang dijana daripada aktiviti tersebut sekali gus mengenal pasti nilai sebenar kebocoran tidak pernah diisytiharkan kepada LHDN.

Operasi tersebut mendapati sesungguhnya beberapa entiti korporat dan perkongsian liabiliti terhad sengaja dibentuk bagi urus niaga perdagangan kripto semata-mata untuk mengelakkan pengisytiharan cukai.

Menurut datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KHDN berkata mana-mana individu yang terlibat dalam perdagangan kripto di negara ini adalah tertakluk pada cukai pendapatan di Malaysia.

Rentetan itu, beliau menasihatkan pihak-pihak yang menjalankan aktiviti perdagangan kripto supaya tampil mengisytiharkan cukainya di mana-mana pejabat LHDN berhampiran secepat mungkin sebelum tindakan pematuhan diambil.

Pelaksanaan operasi tersebut bukan sahaja dijangka dapat meningkatkan hasil malah mengurangkan kebocoran dan memajukan kecekapan cukai yang akan menyumbang pada kelestarian kutipan hasil negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat