Pelabur Kripto Korea Selatan ‘Serabut’!

599

Kerajaan Korea Selatan mencetuskan kekeliruan berkaitan pindaan atau pemansuhan cukai kripto yang akan berkuatkuasa pada 2022.

Dikatakan Dewan Negara, iaitu badan perundangan Korea Selatan masih belum memutuskan untuk meminda cukai kripto. Lebih tepat, mereka masih tidak tahu bagaimana untuk membuat pindaan terhadap cukai kripto hingga mengundang kekeliruan pelabur kripto di negara itu.

Sebagai rekod, cukai kripto semasa telah ditetapkan sebanyak 20% bagi setiap transaksi yang melebihi 2.5 juta won (RM8.8 juta).

Tetapi, kemunculan non-fungible token (NFT) menyebabkan pindaan cukai kripto menjadi isu debat di Dewan Negara.

Keputusan yang caca marba

  • 5 November – Financial Services Commission (FSC) telah tetapkan NFT dikecualikan daripada pembayaran cukai.
  • Ketetapan tersebut berdasarkan garis panduan oleh Financial Action Task Force (FATF) yang tidak mengelaskan NFT sebagai aset kripto.
  • 23 November – timbalan pengerusi FSC, Do Gyu-sang tiba-tiba mengumumkan pengenalan cukai kripto terhadap NFT mengikut Akta Pelaporan Khas.
  • Pengenalan cukai kripto tersebut sedang disusun dan disiapkan oleh Kementerian Kewangan dan Strategi.

Sejak April 2021 lagi beberapa cadangan penangguhan cukai dikemukakan oleh Parti Demokratik hingga mendapat perhatian Perhimpunan Kebangsaan. Menteri Kewangan pada ketika itu menentang sekerasnya pembatalan idea tersebut.

Kemudian perkara yang sama berulang lagi pada September, dan dijangka akan berlaku lagi sebelum tamat 2021.

Percanggahan dalam politik telah menimbulkan unsur salah faham kerana ruang media massa mendakwa pengenalan cukai kripto ditangguhkan, sedangkan hal sebenarnya masih samar-samar tanpa kata putus.

Apa-apa pun, pelabur kripto di Korea Selatan sedang bersedia dengan keputusan cukai kripto yang baharu oleh Kementerian Kewangan dan Strategi.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat