Pelabur Kripto Rusia Ambil Langkah Berjaga-Jaga Selepas ‘Hint’ Terbaru Dari Bank Pusat Rusia!

3,180

Pihak berkuasa monetari Rusia seakan-akan memberi ‘hint’ bahawa mereka tidak mengalu-alukan pelaburan aset kripto untuk warga Rusia. Hal ini diutarakan oleh Gabenor Bank Pusat Rusia (CBR), Elvira Nabiullina dalam salah satu sidang akhbar atas talian. Secara umumnya, beliau memberi  penekanan pada dua aspek iaitu ketidaktentuan  harga yang tinggi dan potensi penggunaan kripto dalam aktiviti jenayah.

Gabenor CBR juga menyatakan pendirian Bank of Russia bahawa infrastruktur kewangan Rusia tidak seharusnya digunakan untuk memudahkan transaksi aset kripto. Beliau menegaskan bahawa pengawal selia mampu melaksanakan sekatan dan menekankan kesangsian mereka terhadap aset kripto.

Berdasarkan laporan, Gabenor bank pusat Rusia menghuraikan:

“Aset kripto membawa risiko besar untuk pelabur runcit disebabkan oleh turun naik yang tinggi dan penggunaan dalam aktiviti penggubahan wang haram, justeru sebagai langkah berjaga-jaga kami tidak mengalu-alukan pelaburan dalam aset tersebut.”

Kenyataan Nabiullina datang selepas laporan media mendedahkan bahawa pihak berkuasa Rusia kini mengadakan perbincangan untuk memilih antara dua pendekatan yang sangat berbeza untuk mengawal aset kripto dan aktiviti yang berkaitan. Walaupum CBR sedang berusaha untuk melarang pembelian kripto namun Duma yang merupakan negeri Rusia sedang membangunkan peraturan untuk perlombongan dan pertukaran aset kripto. Hal ini jika ia disambut baik maka terdapat kebarangkalian bahawa CBR untuk akur akan perkara ini.

Disisi yang lain, pada awal minggu ini terdapat laporan bahawa para penggubal polisi CBR  sedang berbincang dengan pemain pasaran mengenai kemungkinan larangan ke atas pemerolehan aset kripto oleh pelabur Rusia pada masa hadapan. Salah seorang daripada mereka mendedahkan bahawa bank pusat boleh ambil pendekatan yang  ‘extreme’ iaitu penolakan sepenuhnya terhadap aset kripto.

Pakar industri telah memberi amaran bahawa langkah sedemikian akan menekan para pelabur dan menghalang negara daripada mengutip cukai.  Dalam masa yang sama, Bagaimanapun, menurut ketua Jawatankuasa Pasaran Kewangan parlimen, Anatoly Aksakov, penggubal undang-undang juga sedang mempertimbangkan pengesahan perdagangan kripto yang akan membenarkan cukai keuntungan dan pendapatan yang berkaitan.

Tamsilnya setakat ini terdapat desakan daripada pihak atasan bahawa untuk mengekang pelaburan aset kripto  dan dalam masa yang sama langkah alternatif seperti untuk mengawal selia turut dipertimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat