Pelabur Lega! Ekonomi China Tidak Seteruk Yang Disangka

289

Pertumbuhan ekonomi China dilaporkan lebih baik daripada jangkaan pada suku terakhir 2021, tetapi pengembangan yang dicatatkan masih pada kadar paling lemah dalam tempoh satu setengah tahun.

Menurut data yang dikeluarkan Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.0% pada suku keempat (Oktober-Disember) daripada tahun sebelumnya berbanding jangkaan peningkatan 3.3%.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang dicatatkan menurun daripada suku ketiga yang direkodkan sebanyak 4.9%. Secara keseluruhan tahunan, China berkembang 8.1% jauh melebihi sasaran kerajaan untuk pertumbuhan lebih 6%.

Ekonomi gergasi Asia itu bermula kukuh pada awal 2021 apabila kebanyakan aktiviti ekonomi kembali pulih daripada kemerosotan yang disebabkan pandemik pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, ia kembali melemah pada separuh kedua tahun lalu disebabkan masalah gangguan rantaian bekalan, isu Evergrande yang memberi kesan besar kepada keyakinan pelabur dan pelaburan serta penularan Covid-19 yang menjejaskan perjalanan dan penggunaan swasta.

Kelembapan itu mendorong China untuk meningkatkan semula pelaburan dan aktviti ekonomi dengan bank pusat mengurangkan kadar faedahnya buat kali pertama sejak awal 2020 untuk menyokong pertumbuhan.

Sementara itu, pelabur juga diperlihatkan dengan data jualan runcit China yang menunjukkan peningkatan lebih perlahan daripada dijangkakan dengan hanya meningkat 1.7% pada Disember daripada 3.9% yang dicatatkan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat