Pelabur Masih Berhati-Hati, US Dolar Didagang Stabil Setakat Malam Ini

38

US dolar bergerak stabil selepas membuat kenaikan ke paras tertinggi lapan bulan lalu berbanding Yen berikutan para pelabur masih berhati-hati dengan perancangan reformasi cukai US.

USD/JPY naik ke paras tertinggi 114.73 pada awal sesi Asia yang merupakan paras tertinggi sejak 7 bulan lalu. Walaupun ia dapat dicapai, pasangan matawang ini susut semula dan kini didagang di sekitar 114.13 setakat pukul 10 malam.

US Dolar mendapat kenaikan berikutan perbezaan dari segi polisi monetari antara BoJ dan The Fed.

Gabenor Kuroda pada Isnin mengatakan akan meneruskan pelonggaran polisi monetari tetapi menambah bahawa bank pusat akan meneliti kesan kadar faedah rendah kepada ekonomi.

Permintaan terhadap US dolar disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dalam proses pengetatan polisi monetari Federal Reserve.

Walaupun data pekerjaan ‘average hourly earnings’ (kadar gaji) meleset daripada jangkaan dan tambahan pekerjaan kurang daripada 312,000 yang diramalkan, US Dolar kekal membuat pengukuhan. Antara sebabnya adalah kadar pengangguran yang mencapai paras terendah 4.1%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain berada di sekitar 94.93 dan naik 0.11% setakat pukul 10.12 malam.

EUR/USD pula bergerak negatif setakat ini dengan susut 0.17%. Manakala GBP/USD pula naik 0.18%.

Para pelabur juga sedang menunggu bagaimana Republikan cuba menyelesaikan isu perbezaan pendirian dari kalangan ahli parti tentang rang undang-undang percukaian Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat