Pelabur Mengambil Keuntungan, Harga Emas Meneruskan Kejatuhan Dalam Pasaran Eropah

47

Harga emas didagangkan rendah pada hari Selasa dan berterusan sehingga pasaran Eropah berikutan para pelabur mengambil kesempatan dengan menjual emas apabila harga meningkat mengahmpiri 1%.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.36% kepada $1,277.05 per auns setakat jam 5.45 petang.

Harga emas meningkat sebanyak 1% semalaman, peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi sepanjang 6 minggu. Hal ini disebabkan, peningkatan permintaan terhadap safe haven berikutan ketidakpastian politik di Timur Tengah apabila Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menangkap beberapa orang berprofil tinggi dibawah akta anti-rasuah.

Menurut penganalisis Commerzbank, ketika ini terdapat ketidakpastian politik dan risiko ketidakstabilan politik yang semakin tinggi di Timur Tengah. Di tambah pula, kesan-kesan terhadap daerah tersebut yang masih belum jelas.

Selain itu turut mendorong peningkatan harga emas ialah penyusutan U.S dolar. Hal ini kerana, laporan yang menyatakan bahawa presiden New York Federal Reserve William Dudley yang menyatakan bahawa beliau akan bersara lebih awal.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Pasaran menjangkakan harga emas akan menyusut berdasarkan pergerakan sentimen minggu lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat