Pelabur ‘Mickey Mouse’ Gembira Dengan Kepulangan Individu Berpengaruh Ini

87

‘Disney macam terdesak sampai cetus sindrom Steve Jobs bagi memastikan kejayaan syarikat.’

Kepulangan semula Bob Iger yang pernah memegang portfolio Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Walt Disney Co menambah keyakinan pelabur untuk membeli saham syarikat konglomerat hiburan Amerika Syarikat (AS) itu.

Memetik kenyataan rasmi dari Disney, Iger bersetuju untuk menjadi CEO bagi tempoh 2 tahun seterusnya selepas mengumumkan persaraan pada 2020 lalu.

Rentetan itu, saham Disney melonjak semalam untuk penutupan harian terbaiknya sejak 2 tahun dan momentum tersebut disambung hari ini dengan peningkatan sebanyak 6.30% pada $97.58.

Ulas penganalisis Neil Wilson dari Markets.com mengatakan kehadiran Iger adalah senjata rahsia syarikat untuk bersaing dengan Netflix dan apa yang diperlukan untuk mengembalikan semula harga saham Disney.

Sebelum ini, kerusi CEO diisi Bob Chapek sejak Februari 2020 dan di bawah teraju beliau, saham Disney telah menyusut 40% setakat tahun ini sementara pada asas tahunan sehingga kini di Dow Jones Industrial berlaku pengecutan nilai sebanyak 7%.

Secara pukalnya prestasi Disney di bawah Chapek mengalami kerugian 1/3 dan sahamnya mencapai paras terendah 20 tahun selepas terbitan laporan korporat suku ke-4 syarikat di bawah Chapek.

Berbalik kepada Iger, cabaran utama beliau adalah untuk memulihkan perniagaan penstriman Disney+ yang mengalami kerugian sebanyak $1.5 bilion pada suku sebelum ini iaitu kehilangan 2 kali ganda berbanding tahun lepas.

Selain itu, Iger perlu memastikan perkhidmatan Disney+ berjaya menjadi peneraju keuntungan berdasarkan rancangan fiskal 2024 yang ditetapkan syarikat.

Menerusi memo Iger kepada para pekerja, beliau percaya bahawa perkhidmatan tersebut bakal menjadi aplikasi penstriman terbaik dalam bersaig dengan Netflix.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat