Pelabur ‘Mickey Mouse’ Perlu Bersabar, Disney Hilang 2 Juta Pelanggan

173

‘Mungkin ini berita baik kepada pesaingnya, Netflix.’

Kepulangan Bob Iger sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Walt Disney Co selepas bersara 2 tahun lalu gagal memberi sebarang impak segera.

Lebih teruk lagi apabila syarikat melaporkan kehilangan sebanyak 2 juta pelanggan bagi tahun fiskal 2022 walaupun perkhidmatan penstriman Disney+ mendapat sambutan hangat tahun ini.

Iger yang mempunyai pengalaman 15 tahun bersama Disney, tidak mudah melatah dan syarikat tampak mempertahankannya dengan memaklumkan kepada pelabur bahawa akan terdapat perubahan pengurusan dan strategi.

Malah, Iger sendiri pada memo syarikat memberitahu para pekerja berkenaan perubahan yang bakal berlaku dalam struktur pengurusan bagi menyelarikan mandat diberikan Disney kepada beliau.

Antara inti pati mandat yang Disney berikan kepada Iger adalah mengubah cara syarikat mengeluarkan dan menayangkan filem serta proggram TV termasuk ‘platform pilihan untuk pengedaran kandungan awal’.

Sehingga kini Disney masih bergelut untuk meraih keuntungan daripada perkhidmatan penstrimannya walaupun corak tontonan pengguna berubah dari TV kabel tradisional kepada atas talian.

Namun, Disney tidak keseorangan dengan ESPN dan Disney Channel mengalami penyusutan 2 juta jumlah pelanggan sementara saluran lain seperti FX, Freefom serta National Geographic kehilangan 3 juta pengguna.

Ternyata di sebalik kejayaan progam popular Disney+ seperti Mandalorian, ia masih gagal untuk mencatat keuntungan berganda dan tidak dilupakan juga industri penstriman sendiri sedang bergelut dalam tempoh pasca-pandemik kini.

Setakat penulisan ini saham Disney diniagakan rendah 1.05% pada $94.69.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat