Pelabur Panik – $100 Billion Jumlah Pasaran Kripto Jatuh Dalam Sekelip Mata

3,558

Pelabur mulai panik apabila, jumlah nilai pasaran matawang kripto jatuh merundum pada sebelah petang semalam.

Hampir $100 billion jatuh dalam masa 1 hari. Jika kita lihat pada graph dibawah, jumlah pasaran sebelum jatuh berada pada sekitar $800 billion dan jatuh kepada $670 billion dalam masa 1 hari

Harga bitcoin jatuh hampir 7% daripada paras $15,000 kepada paras $14,000 dalam masa 2 jam. Harga bitcoin kembali naik sehinga kepada $15,468.60 setakat jam 12.40 p.m.

Selain itu, matawang kripto lain juga terkesan daripada kejatuhan nilai pasaran tersebut. Cuba lihat pada gambar rajah dibawah, hampir kebanyakan matawang kripto lain juga mengalami kejatuhan.


Paling parah antara semua matawang kripto adalah Ripple. $20 billion jumlah nilai syarikat jatuh dalam sekelip mata. Daripada harga melebihi $3 seunit jatuh ke paras $2 seunit. Hal ini menyebabkan para pemegang matwang Ripple mulai panik dan menjual kebanyakkan matawang mereka. Namun kini harga Ripple telah kembali pulih sedikit daripada kejatuhan semalam termasuk dengan matawang kripto lain.

Faktor utama kejatuhan matawang kripto ialah apabila laman sesawang CoinMarketCap mengeluarkan pengiraan harga daripada platform pertukaran Korea Selatan. Laman sesawang itu, merupakan laman unutk merujuk harga sebenar matawang kripto dan mengandungi lebih daripada 1300 data matawang kripto.

Platform pertukaran di Korea memperdagangkan matawang kripto tersebut lebih 30% berbanding harga sebenar. Justeru apabila, pengiraan tersebut dibuang, jumlah nilai pasaran secara logik akan jatuh hampir 30%.

Pelabur haruslah membuat tindakan yang bijak dalam membuat pelaburan termasuk mengkaji adakah setiap indikator memainkan peranan dalam memberi impak terhadap sesuatu matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat