Pelabur Pening Saksikan Pergerakan ‘Roller-Coaster’ EUR/USD

340

Pelabur lebih berwaspada selepas menyaksikan pergerakan tidak menentu harga sepanjang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 berlangsung dengan kiraan undian masih belum selesai.

Setakat kiraan undian semasa, Joe Biden dilihat semakin menghampiri kemenangan berbanding Donald Trump untuk menuju ke White House namun apa sahaja boleh terjadi sebelum keputusan muktamad diumumkan.

Bagi pasaran kewangan, US dolar diliaht kembali menyusut selepas pengukuhan ketara dipamerkan pada awal sesi Asia semalam ketika kiraan undian bermula ekoran reaksi pasaran terhadap keputusan semasa.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat menjunam 160 pips dari paras ketinggian 1.17700 sehingga mencecah hampir di paras 1.16000 pada dagangan sesi Asia.

Kemudian dapat dilihat harga kembali membuat kenaikan semula sekitar 140 pips di sesi Eropah dan New York dan menutup dagangan di sekitar paras 1.17200 yang menjadi paras tumpuan sebelum ini.

Sememangnya pergerakan tidak normal harga membuatkan pelabur resah dan sukar untuk mengawal risiko dagangan bagi posisi harian dengan arah pergerakan harga yang belum jelas sementara tumpuan akan turut terarah kepada mesyuarat FOMC untuk keputusan Federal Reserve (Fed) terhadap polisi bank pusat.

Jika kenaikan harga berlaku, zon SBR (support become resistance) pada 1.18000 akan menjadi tumpuan sebelum kenaikan lebih tinggi dijangkakan menguji zon resistance pada 1.19000.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, beri tumpuan pada zon support pada 1.16800 dan yang lebih rendah pada 1.16000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat