Pelabur Perlu ‘Steady’, Ini Kesan Minit & Data PPI Semalam

269

Ekuiti bergerak dalam ketidaktentuan sebelum berakhir dalam wilayah ‘merah’ dengan pelabur cuba mencerna input data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) dan minit mesyuarat FOMC.

Mencerap bacaan data PPI bagi bulan September berkembang 0.4%, jauh melewati rekod bulan lepas pada -0.1% dan melepasi unjuran 0.2% pasaran.

Atas faktor tersebut juga indeks dolar dilihat meraih momentum namun hasil bon menyusut sebaik terbitan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi.

Inti pati minit terus menekankan keperluan bank pusat mengambil tindakan agresif dalam mengawal lonjakan inflasi sungguhpun terdapat beberapa nada dovish yang menyatakan kepentingan mengurangkan risikonya kepada ekonomi.

Rentetan itu, indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.1% pada 29,210.85 sementara S&P 500 hilang 0.33% pada 3,577.03 dan Nasdaq Composite turun 0.09% pada 10,417.10.

Di zon Eropah pula, indeks STOXX 600 susut 0.53% sementara tolok MSCI saham global turun 0.31%.

Pada rantau Asia pagi ini Nikkei 225 Jepun dibuka rendah dengan Topix turun 0.28% sementara Kospi Korea Selatan jatuh 0.36% dan Kosdaq hilang 0.92%.

Sementara itu, indeks S&P/ASX 200 Australia naik 0.3% dan tolok meluas MSCI saham Pasifik saham luar Jepun mendatar.

Ringkasan mata wang menyaksikan Pound mengukuh 1.17% pada $1.1091 daripada $1.0925 sementara Euro menyusut 0.04% pada $0.9699 dan Yen melemah 0.67% pada $146.84.

Hasil Perbendaharaan pula memperlihatkan nota 10 tahun turun 4.1 mata asas pada 3.898% dari 3.939%.

Dalam pada itu, tumpuan pelabur akan terarah kepada bacaan indeks harga pengguna (CPI) AS, yang mengukur kadar inflasi, pada sesi New York malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat