Pelabur Perlu Tahu Apa Yang Terjadi Dalam Pasaran Hari Ini

821

Pembukaan pasaran awal minggu memperlihatkan sentimen pasaran terus positif dengan US dolar terus didagangkan selepas menyaksikan lonjakan menjelang dagangan penghujung minggu lalu.

Pasaran saham global melambung tinggi, sementara hasil bon AS jangka panjang pula mencapai tahap tertinggi satu tahun. Namun, dolar greenback yang pada mulanya meraih manfaat daripada peningkatan hasil bon, kembali susut.

Berbanding pesaing utamanya, indeks dolar didagangkan susut di paras terendah 2 minggu pada 90.35.

Euro kembali bertahan di atas paras harga 1.21000 berbanding US dolar selepas mengalami kejatuhan pada Jumaat.

Dagangan pound sterling dilihat lebih kukuh dengan pergerakan harga kini menuju ke paras harga 1.39000 berbanding US dolar pada sesi Asia hari ini.

Pada hari Sabtu, Perdana Menteri UK Boris Johnson mengatakan bahawa beliau mungkin akan mengumumkan pelonggaran beberapa langkah sekatan segera sekiranya kerajaan berjaya mencapai sasarannya untuk menawarkan vaksin kepada 15 juta orang dalam golongan keutamaan.

Setakat ini, lebih 14 juta warga UK telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin coronavirus.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai jangkitan varian baru coronavirus. Kempen vaksinasi perlahan-lahan berkembang dengan Amerika Syarikat kini telah memvaksinasi 4% penduduknya.

Dalam pada itu, dolar Aussie terus meningkat dengan pasaran menyambut baik laporan mengenai vaksin Pfizer yang akan tiba di Australia pada akhir minggu ini dan kempen vaksinasi akan bermula pada hujung Februari.

Walaupun dengan penutupan bank-bank di China dan Amerika Syarikat dan ketiadaan pemangkin dari data utama hari ini, pergerakan pasaran dilihat lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat