Pelabur Perlu Tahu Perkembangan Matawang Ini Segera!

592

US dolar sedikit susut selepas meningkat di tengah-tengah keraguan pasaran terhadap pakej rangsangan Amerika Syarikat selepas Presiden Joe Biden mendapat tentangan dari anggota parlimen Republik.

Ketidakpastian mengenai pakej bantuan ini juga mendorong pasaran saham didagangkan tidak menentu sehingga memberi ruang buat US dolar menguat pada sesi sebelum ini.

Namun, pelantikan bekas pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan yang baru sedikit sebanyak membantu meningkat sentimen sesi Asia hari ini yang memperlihatkan matawang gergasi itu sedikit susut.

Dolar Aussie dan kiwi memanfaatkan berita positif ini untuk meningkat pada sesi Asia. Pelabur kini menantikan data inflasi Australia yang dijangka bacaan rendah pada suku tahun terakhir 2020.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan stabil pada 90.35.

Matawang euro cuba bertahan daripada susut lebih rendah berikutan peningkatan US dolar. Walaupun data sentimen ZEW Jerman lebih baik daripada yang dijangkakan, laporan IFO Jerman nyata mengejutkan pasaran dengan sentimen perniagaan mencatatkan penurunan pada bulan Disember.

Sementara itu, matawang pound kekal meneruskan momentum pengukuhannya di sekitar tahap tertinggi lebih 2 tahun walaupun mencatat sedikit penyusutan ketika sesi sebelum ini.

UK terus melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baru, dan Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock mengatakan bahawa terdapat tanda awal langkah-langkah terbaru terhadap Covid-19 adalah berkesan. Namun, tiada niat untuk menghapuskan sekatan buat masa ini, tetapi sebaliknya langkah lebih ketat untuk pelancong pula dipertimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat