Pelabur Positif Terhadap Unjuran Ekonomi Global & Perkembangan Vaksin Covid-19

119

Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan selepas dibuka rendah hari ini memandangkan pelabur tetap positif terhadap unjuran ekonomi global yang cerah malah perkembangan mengenai vaksin Covid-19 memberikan lagi sokongan kepada pasaran.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,599.68 selepas dibuka 0.04 mata lebih rendah pada 1,599.62.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 434 berbanding 373 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,030 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Lapor Bernama, jumlah dagangan sebanyak 2.78 bilion bernilai RM858.26 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, saham berharga rendah mungkin meneruskan momentum meningkat mereka hari ini, didorong oleh pasaran yang dipacu mudah tunai.

“Kami menjangkakan FBM KLCI terus meningkat kepada melebihi paras psikologi 1,600 susulan kemajuan positif yang dicatatkan perkembangan vaksin Covid-19 oleh Moderna.

“Pada masa sama, kenaikan itu akan disokong oleh momentum kukuh Wall Street dalam tempoh semalaman, ditambah dengan jangkaan bahawa ekonomi terus mengalami pemulihan yang lebih pantas berbanding yang dijangkakan,” menurut firma itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 8.0 sen kepada RM8.22, Public Bank menokok 24 sen kepada RM18.72, TNB meningkat 4.0 sen kepada RM11.24, Petronas Chemicals menambah 2.0 sen kepada RM6.72, sementara Top Glove turun 53 sen kepada RM6.67.

Antara saham aktif, Trive Property naik setengah sen kepada 2.0 sen, MTouche menambah 1.5 sen kepada 12 sen, Pegasus tidak berubah pada 3.0 sen, sementara AT Systematization susut 1.5 sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 0.94 mata kepada 11,473.67, Indeks FBM Emas Syariah susut 113.60 mata kepada 13,072.05, Indeks FBMT 100 meningkat 0.58 mata kepada 11,263.92, FBM 70 menambah 2.35 mata kepada kepada 14,659.84, dan FBM ACE merosot 89.56 mata kepada 11,480.53.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.63 mata kepada 157.83, Indeks Perladangan naik 8.74 mata kepada 7,286.14 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 228.99 mata kepada 14,372.87.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat