Pelabur Resah Pengukuhan USD Boleh Mudaratkan GOLD

2,788

Emas didagangkan menyusut pada Selasa ketika US dolar terus mengekalkan pengukuhan selepas disokong oleh hasil bon AS 10 tahun yang meningkat tinggi.

Memasuki sesi Eropah, logam berharga itu diniagakan merosot pada $1,747 per auns, sementara niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,746 per auns.

Lonjakan hasil bon AS ke paras tertinggi tiga bulan disokong oleh prospek yang meningkat terhadap pemulihan ekonomi AS dan jangkaan pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Minggu lalu, Fed telah mengisyaratkan untuk mula mengurangkan pembelian bon secepatnya pada bulan November dan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat dari dijangkakan.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada ucapan Pengerusi Jerome Powell pada malam ini yang akan memberi keterangan di hadapan Kongres mengenai tindak balas polisi bank pusat terhadap pandemik.

Powel dijangka akan bercakap mengenai risiko yang meningkat terhadap inflasi, pasaran pekerjaan dan pendorong tekanan harga yang lain.

Dalam pada itu, para pelabur juga mengikuti perkembangan mengenai pakej rangsangan infrastruktur Amerika Syarikat yang menantikan undian oleh Dewan Rakyat pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat