Pelabur Saham Global ‘Berpeluh’ Apabila Lonjakan Keempat-Empat Minggu Terhenti!

213

Ekuiti A.S. catat bacaan yang lebih rendah pada Isnin, meletakkan Wall Street di landasan yang betul mula kendur selepas satu lagi minggu positif, ketika para pelabur bersiap sedia untuk meneliti laporan pendapatan syarikat.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones jatuh 135 mata, atau 0.4%. S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing susut 0.44% dan 0.3%.

Pergerakan hari Isnin datang selepas data ekonomi China yang mengecewakan semalaman. Bank pusat negara itu juga mengurangkan kadar secara tidak dijangka, meningkatkan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China.

Kekhuatiran kemelesetan ekonomi dilihat semakin meningkat di seluruh dunia. Ekonomi China menguncup pada 2Q. AS mencatatkan ‘kemelesetan teknikal.’ Aliran gas asli ke Eropah Barat dihadkan. Dalam tempoh tiga bulan lalu, Morgan Stanley’s telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global kepada 2.5%Y pada 2022, iaitu kira-kira 50bp di bawah konsensus dan 40bp lebih rendah daripada Mei.

Pada minggu lepas S&P 500 meningkat 3.25% untuk mencatat minggu positif keempat berturut-turut dan lonjakan terlama sejak 2021. Nasdaq Composite mengakhiri minggu itu 3.08% lebih tinggi, juga untuk minggu keempat berturut-turut. Dow Jones disisi lain pula menambah 2.9%.

Keuntungan datang selepas data ekonomi menunjukkan tekanan inflasi mungkin berkurangan sedikit. Indeks harga pengguna tidak berubah dari Jun hingga Julai, indeks harga pengeluar menunjukkan penurunan mengejut dan harga import jatuh lebih daripada jangkaan.

Pelabur menantikan pendapatan daripada peruncit besar termasuk Home Depot, Walmart dan Target, dan mendapatkan petunjuk mengenai perkembangan perniagaan ditengah situasi oleh inflasi dan cabaran makro lain pada suku terbaharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat