Pelabur Sambut Baik Bacaan NFP, Raja USD Kembali Juarai Carta!

353

US dolar diperdagangkan lebih kukuh pada hari Selasa dengan menyusuli peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun, mendorong dagangan yen menjunam ke paras terendah 20 tahun.

Bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Jumaat lalu, pada dasarnya dilihat bercampur-campur.

Menurut Biro Statistik Buruh, terdapat pertambahan sebanyak 390,000 pekerjaan pada Mei daripada 436,000 yang dicatatkan pada April. Bacaan ini melebihi jangkaan untuk meningkat sebanyak 325,000 pekerjaan.

Sementara kadar pengangguran pula kekal pada 3.6%, meleset daripada jangkaan untuk terus mencatatkan penurunan pada 3.5%.

Walaupun bercampur-campur, tetapi mata wang US dolar kekal mengukuh berikutan jangkaan berterusan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan langkah agresifnya dalam mengetatkan dasar.

Menjelang mesyuarat polisi FOMC pada 15 Jun yang dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, pelabur akan meneliti bacaan data inflasi pada Jumaat minggu ini terlebih dahulu untuk petunjuk berapa lama lagi Fed akan mengekalkan haluan hawksih.

Selain itu, mata wang yen pula kembali merosot ke paras terendah terbaharu 20 tahun pada sesi Asia, dengan harga menyentuh paras 132.65 berbanding US dolar ditekan oleh kenyataan Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ) dan hasil bon AS yang lebih tinggi.

Gabenor Haruhiko Kuroda memberitahu pada Jumaat bahawa tumpuan utama bank pusat adalah untuk menyokong ekonomi, menekankan tidak akan berganjak dari mengekalkan dasar yang sangat longgar.

Hasil bon AS 10 tahun pula meningkat ke paras tertinggi satu bulan pada 3.06%, sekali gus menambah tekanan buat yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat