Pelabur Senang Hati, Emas Mahu Naik Lagi

639

Harga emas agak tinggi pada sesi dagangan Rabu, berikutan dorongan daripada hasil perbendaharaan AS yang kembali susut dan sentimen pasaran yang berisiko.

Pada pembukaan dagangan sesi Eropah, niaga hadapan emas diniagakan meningkat di sekitar harga $1,785 per auns, tidak jauh dari paras tertinggi 7 minggu yang dicapainya pada awal minggu.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun jatuh pada 1.56%, setelah mencatatkan kenaikan ke 1.6% pada hari Selasa.

Dolar greenback pula masih di sekitar paras terendah 7 minggu berbanding kebanyakan matawang utama, walaupun kembali mencatatkan kenaikan sebagai safe-haven di tengah-tengah sentimen yang kembali berisiko.

Covid-19 kembali menghantui pasaran, selepas India mencatatkan peningkatan mendadak dalam jumlah kes dan kematian sehingga menyebabkan New Delhi terpaksa melaksanakan lockdown.

Hal ini menyebabkan dagangan safe-haven meraih manfaat daripada kebimbangan pasaran bahawa gelombang baharu Covid-19 akan menyebabkan pemulihan ekonomi global terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat