Pelabur Senang Hati, GOLD Dah Melonjak Semula Minggu Ini!

850

Harga emas kembali pamerkan kenaikan semula pada dagangan awal minggu ini selepas penurunan harga pada minggu sebelumnya.

Pelabur mula melihat perubahan trend harga emas bakal bermula dan bersedia untuk posisi pembelian semula.

Faktor utama yang mempengaruhi pergerakan emas buat masa ini adalah perubahan nilai US dolar dalam pasaran. Pengukuhan matawang utama tersebut mula perlahan menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu.

Selain debat pilihan raya presiden, tumpuan pelabur juga terarah pada perbincangan tentang pelaksanaan pakej rangsangan fiskal AS yang akan terus memberi tekanan terhadap ekonomi sekiranya masih berlanjutan.

Isu dalaman yang menambahkan tekanan terhadap dagangan US dolar akan memberi lebih ruang untuk harga emas meningkat berikutan suasana pasaran yang masih lagi dilihat berisiko dengan penularan kembali pandemik Covid-19.

Secara teknikal, pergerakan harga emas pada carta XAU/USD telah memaparkan kenaikan dari paras sokongan 1850.00 setelah diuji sejak minggu lalu.

Kenaikan harga yang melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga juga turut memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Seterusnya harga telah bergerak melepasi paras 1875.00 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) dengan jangkaan kenaikan harga akan berterusan.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan kembali semula pada paras tumpuan iaitu 1900.00 selepas harga jatuh lebih rendah dari paras tersebut minggu lalu.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan 1850.00 akan ditembusi dan penurunan harga dilihat akan menuju ke paras 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat